1 Gasida

Pengerusi Mara Pengajian Malaysia Assignment

ORGANISASI

MARA, sebuah badan autonomi bertanggungjawab kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ketua Setiausaha dan lapan orang anggota lain, dua daripada mereka adalah kakitangan awam. Semua Ahli Majlis dilantik oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

Ketua Eksekutif ialah Ketua Pengarah dan beliau dibantu oleh tiga orang Timbalan Ketua Pengarah. Bahagian-bahagian yang diterajui oleh Pengarah dan Unit-unit di bawah kawalan Ketua Unit melaksanakan fungsi-fungsi MARA pada peringkat Ibu Pejabat dan disokong oleh 14 Pejabat MARA Negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan,  dan pejabat-pejabat MARA Daerah. MARA juga beroperasi di luar negara iaitu di UK (London), USA (Washington), Indonesia (Jakarta), German (Frankfurt), Australia (Sydney), Ireland (Dublin), Mesir (Iskandariah) dan Russia (Moscow).

 

OPERASI PENGURUSAN

Operasi MARA dijalankan melalui pusat operasi di seluruh negeri dan luar negara.  Pusat-pusat operasi ini merangkumi:

Ibu Pejabat25
MARA Negeri14
MARA Daerah
 

Peranan RIDA sebagai agen perubahan terbukti meninggalkan kesan yang positif melalui prinsip ³Mahu Menolong Diri Sendiri´ yang sentiasa dilaungkan olehAllahyarham Dato¶ Onn Ja¶afar.Disamping itu RIDA juga menyediakan kemudahan kewangan skala untuk memberi peluang kepada orang-orang kampung menceburi bidang perniagaan dan perusahaan yang berasaskan hasilan pertanian, ternakan, makanan laut dan bahan- bahan tempatan seperti sabut, belulang/kulit, getah dan barang-barang kraftanganseperti anyaman, tenunan, batik, tembikar, rotan dan lain-lain.RIDA juga memberi tumpuan bidang Latihan & Pendidikan secara formal dan tidak formal. Beberapa buah Taman Asohan RIDA didirikan seperti di Jalan Lornie KualaLumpur, Bukit Piatu Melaka dan Rusila Kuala Terengganu untuk mengajar kaum ibutentang ekonomi rumahtangga, pemakanan, kesihatan, jahitan dan kraftangan.Sementara Latihan Keusahawanan seperti Kursus Menyimpan Kira-kira (Book Keeping), Perakaunan dan Kursus Persediaan bagi menduduki peperiksaan LondonChamber of Commerce (LCC) dijalankan di Dewan Latihan RIDA, Jalan Othman,Petaling Jaya mulai tahun 1957, yang kemudiannya ditukar kepada Maktab LatihanRIDA (1965), Maktab MARA (1966), Institut Teknologi MARA (ITM ± 1967) danakhirnya menjadi Universiti Teknologi MARA (UiTM ± 1999)

Leave a Comment

(0 Comments)

Your email address will not be published. Required fields are marked *